Semua karya-karya di bawah dihasilkan oleh pelajar DPLI sesi 2009-2010 di UiTM Shah Alam Sekyen 17 (INTEC) kelas PSVD....Group yang paling best sekaliii.....weeeehooooo........
Macam-macam dugaan kami hadapi dalam menghasilkan karya yang besar buat pertama kali dalam hidup kami semua semasa membuat program DPLI ni....kecuali wan la.....saat yag tak bole lupa adalah semuanya berlaku dalam bulan puasa 2009....dugaan dugaan dugaan...ada yang tido ngan beros...bangun tido terus wat painting ngan tak mandi n cuci muka....hahahahhaaaa.....macam-macam la.....kalau ade kenkawan yang nak share cite, sila comment terus di sini ye.....ngeee....pelbagai bahan yang kami gunakan, antaranya adalah cat akrilik, cat minyak, ade yang spray, tampal gamba dan kalau tak silap aku, kicap pon ade orang guna jugak....macam-macam la.....
Cuma aku tak dapat gambar painting dak si Daryl ni....Daryllllllllllllll...kalau kamu bukak blog saye,kamu email kat saye gambar painting kamuuu ye....
Last but not least....thanks a lot to our beloved lecturer....En Syam yang banyak gile tolong ktorg semua dalam menyudahkan segala work dan projek kami...Trilion terima kasih En. Syam....heeeeee
Ini la hasil kerja seorang amatur....yang baru pertama kali membuat batik.....heeeeee....penat jugak buat batik yang tak seberapa nih...sebab asik tak menjadi je....mula-mula buat dengan kain cotton....memang x menjadi....akhirnya tukar guna kain sutera plak...ini lah hasilnya....
Sedikit info mengenai Seni Batik:
Batik ialah sejenis barangan kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain dan ia terkenal di negeri-negeri dalam gugusan kepulauan Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Malaysia sendiri.
Unsur motif hiasan yang boleh didapati di dalam seni batik antaranya adalah:
a) Unsur flora
b) Unsur fauna
c) Unsur benda buatan manusia
d) Unsur rupa geometri
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menghasilkan Seni Batik antaranya:
a) Kaedah blok/batik cap/batik terap - Menggunakan sarang, lilin dan teknik capan b) Kaedah batik tulis/canting/lukis - Menggunakan canting dan lilin
c) Kaedah batik skrin - Menggunakan mesin atau skrin tanpa lilin
d) Kaedah batik pelangi - Menggunakan pelbagai teknik ikatan dan celupan
SENI TEKAT
Hasil tekat di bawah telah siap aku bingkaikan supaya nampak lebih cantik dan kemas...Bukan mudah untuk buat Seni Tekat ni...agak rumit pembuatannya dan mungkin sebab itu la kebanyakkan orang muda sekarang tidak suka menceburkan diri dalam pembuatan barangan kraf...Perkara yang penting di sini adalah kena la rajin, sebab ia memakan masa yang agak lama...Aku menggunakan benang perak yang bersaiz besar,heeee....main tipu skit je,sebab x larat nak buat kalau guna benang yang halus tu..Walaubagaimanapun, ini hasil tekat aku yang pertama dan merupakan salah satu proses untuk aku belajar membuat seni tekat yang makin dilupakan.....
Sedikit info mengenai Seni Tekat:
Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar (irasan) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul. Sebutan lain untuk seni tekat adalah tuji timbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
Unsur dan bentuk motif yang boleh diilhamkan di dalam seni tekat antaranya adalah:
a) Motif tumbuhan/flora
b) Motif geometri
c) Motif unggas/burung
d) Motif awan larat
Terdapat beberapa jenis tekat antaranya:
a) Tekat timbul benang emas atau perak
b) Tekat gubah
c) Tekat perada
Buku Skrap (Scrapbook)
Membuat buku skrap adalah kesukaan aku, sebab boleh membuat macam-macam dekorasi, rekabentuk, corak dan macam-macam idea datang tak henti-henti.... Kami diminta untuk membuat buku skrap dengan apa sahaja tema, akan tetapi perlu membuat buku skrap bersaiz A4 sahaja.....Best wooo...waktu ni, kalau boleh nak letak macam2 kat buku ni.....tapi tak de la aku buat macam tu...kang semak plak kan....tema yang aku pilih untuk buat buku skrap aku ni adalah Diari Perkahwinanku....heeeee........macam baru kahwin je....
Sedikit info mengenai Kraf Buku:
Dalam penghasilan buku skrap, tiada batasan dan had kerana semuanya bergantung kepada imaginasi anda. Antara tema dan konsep yang boleh digunakan untuk membuat buku skrap adalah:
a) Album untuk memori atau kenangan sesuatu peristiwa yang berlaku contohnya perjalanan kehidupan anak atau cucu anda dari saat kelahirannya sehingga menjadi remaja dan dewasa atau saat anda memulakan
perjalanan hidup sebagai seorang pelajar universiti atau pun sekolah dan sebagainya.
b) Album yang dihasilkan dijadikan sebagai hadiah atau kenangan untuk ahli keluarga atau sanak saudara mahu pun rakan-rakan anda sempena dengan hari kelahiran atau hari perpisahan atau hari persahabatan atau hari Ibu/Bapa dan sebagainya.
c) Album yang menyimpan maklumat mengenai hobi anda atau keratan akhbar/majalah mengenai perkara-perkara yang anda gemari.
d) Album dijadikan sebagai jurnal, diari dan apa sahaja yang anda boleh muatkan seperti daun-daun dan bunga-bunga kering, perca-perca kain, sajak dan sebagainya.
Seni Wayang Kulit
Fuhhh....Barangan kraf yang paling leceh nak buat....Wayang Kulit la.....Bahan yang sebenarnya digunakan di dalam pembuatan wayang kulit adalah daripada kulit lembu atau kambing, akan tetapi untuk proses pembelajaran aku di sini, aku hanya menggunakan kad board yang bewarna coklat yang seakan-akan kulit binatang...heeeeee........amik jalan 'shortcut.....Lagi pun, bukan mudah buat wayang kulit, jenuh gak nak menebok lubang-lubang kat kad board ni....pas tu nak mewarna pulak...kedua-dua muka kad board perlu diwarnakan....banyak gak kerja dia....Apabila tengok hasilnya, teramat la puas....Watak yang aku pilih kurang 'glamour'....Watak Raksasa....hahahhahaaaa
Sedikit info mengenai Seni Wayang Kulit:
Wayang kulit adalah adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang dan persembahan wayang kulit kebiasaanya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).
Terdapat empat jenis wayang kulit Semenanjung Malaysia antaranya:
a) Wayang Kelantan (disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasaskan kepada pengaruh Patani)
b) Wayang Melayu (disampaikan dalam Bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
c) Wayang Purwo (disampaikan dalam Bahasa Jawa dan diselit dengan Bahasa Melayu tempatan)
d) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam Bahasa Thai dan Bahasa Melayu loghat tempatan)
Seni Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu sebenarnya mudah je nak buat, bagi aku la....kalau buat dalam saiz yang kecil (separuh A4) la, cukup peralatan dan mesin, cukup bahan-bahannya dan buat di tempat yang bersesuaian, memang amat mudah...tapi yang sedihnya, dua biji ukiran kayu aku hilang selepas habis 'final assessment'..yang satu tu tebuk timbul (siap ade cermin lagi kat situ) dan lagi satu tebuk tembus....sedih sangat-sangat sebab da buat cantik-cantik, siap aku bingkaikan lagi.....hurmmmm......sob....sob.....tak pe la, bukan rezeki aku untuk simpan ukiran kayu tu.....penat wooo buat mende tu...da la wat manual....husband ku yang banyak membantu dalam membuat ukiran kayu tu.....dia la pakar penasihat aku....thanks abg.....heeeee
Walaubagaimanapun, aku tunjukkan satu contoh ukiran kayu di bawah...hasil kerja oleh classmate ku yang bernama lynnn....thanks lynn.....:)
Sedikit info mengenai Seni Ukiran Kayu:
Ukiran kayu merupakan hasil ukiran kepingan kayu untuk membentuk corak-corak yang menarik dan ia biasanya mempunyai motif-motif yang unik. Setiap ukiran kayu tradisional mempunyai tujuan dan fungsi tertentu.
Fungsi ukiran kayu tradisional adalah termasuk:
a) hiasan pintu dan tingkap
b) kisi-kisi dinding rumah untuk memudahkan peredaran udara
c) cucuran atap
d) tiang seri
e) tangga rumah
f) perahu nelayan (bangau)
g) alat permainan tradisional seperti gamelan
h) hulu keris
Motif-motif ukiran kayu termasuklah:
a) unsur benda bernyawa (motif ayam berlaga, itik pulang petang, kepala cicak dan lebah bergantung)
b) unsur-unsur kosmos (motif seperti matahari, bintang, bulan dan awan)
c) unsur geometri (motif yang berbentuk geometri)
d) unsur kaligrafi (motif yang terdiri daripada huruf-huruf jawi)
Jenis kayu yang banyak digunakan dalam ukiran kayu tradisional adalah kayu cengal kerana kekerasan kayu tersebut. Kayu-kayu seperti kempas, bacang hutan, sena, merbau, nyatoh dan mendang juga sesuai diukir. Pemilihan kayu ditentukan oleh:
a) kekerasan kayu
b) ketahanan kayu
c) kehalusan kayu
d) keliatan urat kayu
Terdapat empat bentuk ukiran kayu tradisional iaitu:
a) Ukiran tebuk tembus/tembus terus
b) Ukiran bunga timbul
c) Larik (berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang pada tongkat, gasing dan perabot)
d) Arca (ukiran berbentuk arca terutamanya pada hulu keris)
Seni Tembikar
Haaaaa......seni tembikar merupakan satu kerja yang tak boleh takot kotor....ngeeee......kelam kelibut aku dan kawan-kawan aku membuat tembikar ni....First time katekan.....takot tak menjadi.....gambar di bawah ni, bukan aku buat...jangan salah paham....yang kat bawah ni, lynn jugak yang buat....cantik kan...aku punya yang kat bawah gamba lynn ni...heeeee......tema die hidupan batu karang di dalam kasut yang tak berapa nak menjadi .....
Sedikit info mengenai Seni Tembikar:
Tembikar ialah bahan atau hasil yang diperbuat daripada tanah liat yang kemudiannya di bakar dan digilap.
Jenis-jenis tembikar yang terkenal di Malaysia adalah seperti:
a) Labu Sayong (bekas air)
b) Tembikar Mambong (perkakas dapur)
c) Tembikar Sarawak (pasu bunga)
d) Tembikar Terenang (tempayan dan tempat perasap)
Terdapat lima teknik dalam membentuk tembikar, iaitu:
a) teknik picit
b) teknik lingkaran
c) teknik kepingan
d) teknik acuan
e) teknik putaran
Seni Anyaman
Kraf yang paling best aku buat adalah anyaman...seronok membuat kraft menggunakan reben nih....macam-macam warna boleh diaplikasikan....dan pelbagai corak dan motif boleh cuba di buat....apatah lagi dalam kegunaan bahan....pelbagai jenis bahan boleh di'explore'....contohnya straw, daun pokok kelapa, lidi sate, tali kasut, tali rafia, daun mengkuang dan plastik yang bersaiz A4.......Kraf anyaman la yang paling banyak aku buat....sebab best sangat...dan aku juga ada hasilkan anyaman dalam bentuk bingkai gambar...saje je nak gantung kat rumah baru nanti....tapi gambarnya tak letak lagi....belum jumpa yang sesuai....
Sedikit info mengenai Seni Anyaman:
Anyaman ialah seni kraf tempatan yang dipercayai muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Anyaman adalah salah satu jenis kraf terkenal yang diusahakan dan diperkembangkan di seluruh negara.
Anyaman dihasilkan daripada proses menyilang jalur-jalur bahan tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan tidak mudah terburai.
Hasil anyaman tempatan biasanya berfungsi sebagai alatan kegunaan harian seperti tudung saji, bakul, alas pinggan, tikar, nyiru, dulang dan sebagainya. Dimensi baru anyaman wujud dalam bentuk yang lebih mementingkan cita rasa semasa seperti beg tangan, dompet, terendak lampu, perabot, hiasan dinding, pengadang ruang dan sebagainya.
Jenis-jenis kelarai yang terlibat adalah:
a) kelarai berasaskan Flora
b) kelarai berasaskan Fauna
c) kelarai berasaskan rupa geometri
d) kelarai berasaskan rupa abstrak
e) kelarai berasaskan nama tempat dan nama pereka
Teknik dan proses yang terlibat di dalam penghasilan tikar mengkuang/pandan:
a) Lagang
b) Menganyam
c) Pepeh atau Lepih
d) Sisip
e) Kerat
Semua Artwork di atas kecuali yang classmate aku punya dibuat semasa kursus DPLI di UiTM dengan hasil tunjuk ajar dari tenaga pengajar di sana iaitu En. Sumardianshah, Miss Raihah dan En. Fikry...sesi 2009-2010....tak lupa juga untuk kenkawan PSVD yang banyak membantu, especially penghuni KONDO MEWAH......:).......Thanks a lot my frensss....juga untuk suami tercinteeeeeee......;)
Kalau ada tersalah info, maafkan saya....sebab saya rujuk pada buku Longman Esensi Pendidikan Seni Visual SPM (Chua Yan Piaw) dan Focus Goal Pendidikan Seni Visual SPM (Kathleen Chee)....